Rabu, 31 Mac 2010

Hari Ini Ada Orang Birthday!

Selasa, 30 Mac 2010

Seperti biasa masa pertama pada hari ini ialah Bahasa Melayu. Cikgu Hasimah edarkan tajuk-tajuk pada setiap kumpulan untuk ujian lisan Bahasa Melayu kami untuk tahun ini. Untuk hari ini, kami hanya membincangkan mengenai ujian lisan mengikut kumpulan masing-masing. Ada kumpulan yang akan berbahas, ada kumpulan yang akan berforum dan ada kumpulan yang akan membuat wawancara.

Selepas BM ialah matapelajaran Mathematics. Selepas sahaja cikgu Hasimah keluar dari kelas, beberapa orang pelajar kelam-kabut turut keluar dari kelas. Hari ini kami mempunyai perancangan tersendiri. Hehehehe... 
Shahira, Shareen, Adham, Rahmawati, dan beberapa orang lagi yang keluar dari kelas pada ketika itu hendak menuju ke Bilik Kesihatan. Manakala salah seorang atau dua pelajar yang tinggal di dalam kelas perlu memanggil Cikgu Mazni yang berada di tempatnya (bilik kesihatan) untuk dibawa ke kelas. Sebab cikgu Mazni adalah guru mathematics kelas kami. Jadi, Athirah dan Shafika turun menjemput Cikgu Mazni agar Shareen nd the gang dapat masuk ke Bilik Kesihatan dan menuju ke meja Cikgu Mazni secara rahsia.
Di kelas, beberapa kali cikgu bertanya akan keberadaan Adham dan beberapa orang pelajar yang tiada di dalam kelas. Alasan yang dibuat ialah dorang keluar atau ke tandas. Ketika cikgu hendak mulakan pembelajaran (baru mula menulis nota di papan tulis), Shareen, Shahira dan mereka yang keluar dari kelas tadi masuk melalui pintu belakang kelas sambil membawa sebiji kek dan kami semua menyanyikan lagu Happy Birthday buat Cikgu Mazni. 30 Mac 2010 ialah Hari Ulang Tahun Cikgu Mazni yang ke 31 tahun! Mereka ke Bilik Kesihatan adalah untuk menghamburkan (menyelerakkan) meja Cikgu Mazni dan meletakkan Kad Manila, ucapan pelajar-pelajar dari kelas kami sempena Hari Kelahiran cikgu. Dalam masa yang singkat itu, kami semua makan kek sebagai acara salingan dan kemudian belajar mathematics.
SELAMAT HARI LAHIR CIKGU MAZNI!

Matapelajaran Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah menyusul selepas matapelajaran Mathematics. Mulai minggu ini selepas perubahan secara besar-besaran jadual kelas, guru PQS kami turut berubah. Pada asalnya guru kami ialah Ustazah Siti Sarah. Sekarang guru kami ialah Ustazah Syayuzie. Mulanya ada beberapa pelajar (sepatutnya dikatakan semua) yang kurang bersemangat apabila guru PQS berubah. Kerana Ustazah Siti Sarah sudah mengajar kami PQS sejak tingkatan empat tahun lepas lagi. Dah familiar dengan ustazah tu.
Apa-apapun, Ustazah Syayuzie mengajar pun bagus juga sebenarnya. Mulai hari ini juga, apabila waktu matapelajaran PQS, semua pelajar lelaki dikehendaki duduk di barisan hadapan ketika belajar. Edeh... dah lah pelajar lelakinya besar-besar. Hahahaha... Penulis sendiri berbadan kecil dan sekarang memang dah duduk di barisan kedua di bahagian tengah kelas. Dahlah kecil, dihadang pula oleh pelajar lelaki yang berbadan agak besar di hadapan. Cuba pembaca bayangkan...?
Ketika di awal pembelajaran, ustazah meminta Adham membacakan Surah An-Nur yang terdapat dalam buku teks pada tajuk yang kami pelajari waktu tu (itupun selepas masing-masing antara lelaki yang mengambil PQS menuding jari antara satu sama lain bagi mengelakkan diri sendiri yang membaca ayat Al-Quran tersebut.). Al-maklumlah Adham dari Sekolah Menengah Agama di Kedah, bacaannya begitu lancar dan alunannya betul-betul menyentuh jiwa serta menginsafkan diri (sesuai dengan isi ayat al-Quran tersebut yang menyatakan tentang hukum zina, qazaf dan li'an) . Ada ciri-ciri seorang Qari (bukan memuji sekadar memuji/memperli, tapi ialah keyataan)... Sebenarnya penulis berasa hairan, kenapa Adham tidak menyertakan dirinya dalam pertandingan MTAQ sekolah hari tu...? Dia mempunyai bakat.

Tiba waktu rehat, seperti biasalah pelajar mengikut hala tuju masing-masing. Apabila sampai waktu penghujung rehat, beberapa pelajar yang mengambil Bahasa Arab Tinggi masing-masing tergesa-gesa menghafal password yang perlu digunakan sebelum mengikuti pelajaran BAT di Makmal Bahasa nanti (tempat biasa untuk pelajar BAT). Password yang dimaksudkan ialah Al-Hikam wal-Amsal yang disenaraikand alam buku model peperiksaan BAT yang diberikan oleh guru arab kami, Ustaz Zainal. Seperti biasa waktu BAT/PD, pelajar yang mengambil BAT akan pergi ke Makmal Bahasa, manakala pelajar yang mengambil Perdagangan akan berada di kelas untuk sesi pembelajaran PD bersama gurunya. Penulis sendiri mengambil BAT... jadi penulis tidaklah mengetahui cerita pelajar PD di dalam kelas. Adham yang baru terpisah dengan bestfriendnya (Aiman) menggantikan Aiman tahun lepas terpaksa bersendirian. Macam biasalah Shareen akan berkumpul dengan kawan-kawannya perempuan yang lain. Maka, duduklah Adham berhampiran dengan Syafawati dan penulis (bukan rapat...hanya kawasan yang berhampiran...lebih kurang macam kawasan terpinggir la).

Waktu Science - Cikgu Hisyam di Makmal Fizik, belajar matapelajaran baru. Tak ada cerita menarik pun.
Menyusul pula matapelajaran Sejarah, juga belajar tajuk kecil yang baru. Entah apa yang gembira sangat, Cikgu Loh Siew Yieng berikan teka-teki pula. Teka-tekinya agak menarik. Simple, tapi mengelirukan pelajar. Hal ini menyebabkan 'tempoh siaran iklan' menjadi bertambah panjang apabila ada di antara pelajar lain yang turut memberi teka-teki ketika itu. Tapi, apabila Falina (KP) ingin memberikan teka-tekinya, adalah yang potong jalan tak support dia dengan mengatakan "waktu siaran iklan dah tamat". Dan orang yang mengatakannya itu pula ialah penulis sendiri.

Begitulah dia kisah pelajar 5 Hibiscus pada hari Selasa 30 Mac 2010. Mohon maaf andai dah terdapat pembaca blog ini tapi penulis lambat publish cerita pada tarikh ini.

* Oleh kerana Ustazah Syayuzie dah mengajar kelas kami, jadi subjek KKQ akan bermula pada minggu ini. Sebenarnya berkira-kira juga penulis untuk mengikuti subjek ini. Subjek ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat pada jam 2 petang. Kalau mengikut jadual waktu, sampai jam 3.20 petang. Tapi, berkemungkinan kelas tamat jam 4 petang. Penulis terpaksa keluar awal dari kelas tersebut kerana penulis ada latihan silat setiap hari Jumaat jam 3 petang. Kalaulah Aiman masih bersekolah di SMKM dan sekelas dengan kami, tentu penulis punya kawan untuk keluar dari kelas setiap hari Jumaat tu.

0 ulasan:

Dehearty Playlist

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template