Sabtu, 3 April 2010

Belajar Buat Blog

Penulis memohon maaf kerana tidak menulis entri hari Khamis, 1 April 2010. Ini kerana penulis tidak punya idea untuk menulis entri pada hari itu. Hari Khamis lepas hanyalah mengisahkan tentang hari April Fool Sedunia dan Perebutan Jejaka Dalam Kelas.

Berikut pula ialah kisah pada hari Jumaat, semalam. Maaf kerana kisah ini lambat dipost dalam blog ini.

Jumaat, 2 April 2010

Untuk hari ini tak ada banyak cerita sangat sebab hari ini adalah hari Jumaat. Pagi, waktu pelajar dah kat sekolah, hujan turun. Jadi, perhimpunan pagi dan program bacaan Yasin dibatalkan. PJK juga dibatalkan. Cikgu Azian mengajar di kelas mengenai tajuk Perkahwinan dalam buku teks PJK.

Waktu Prinsip Akaun pula, seperti biasa pelajar yang tak ambil PA ada yang meminta izin untuk ke Makmal Komputer. Ada juga yang duduk di dalam kelas sahaja. Pelajar PA pula belajar seperti biasa. Sesekali ada terselit gurauan mengenai 'perebutan jejaka dalam kelas' dan juga perbualan mengenai Allahyarham Pelakon Din Beramboi yang baru meninggal dunia.

Masa B.Arab Tinggi/Pedagangan, seperti biasa pelajar yang ambil matapelajaran BAT akan ke Makmal Bahasa, bersama dengan pelajar kelas 5 Chrysanthemum yang ambil BAT (mereka slash dengan Prinsip Akaun). Masa pertama BAT kami gunakan untuk belajar di Makmal Bahasa. masa kedua pula digunakan untuk belajar buat blog di Makmal Komputer. Ustaz Zainal kata, kalau boleh semua pelajar BAT ada blog. Ustaz meminta Athirah (penulis sendiri) menjadi 'tenaga pengajar'. Sayangnya, masa kami di Makmal Komputer sepatutnya sampai tiba waktu rehat. Tapi, ada pelajar kelas lain yang nak guna makmal. Jadi, ustaz suruh kami keluar saja. Namun begitu, masih terdapat pelajar kelas BAT yang masih di dalam Makmal Komputer. Penulis sendiri terus berada di Makmal Komputer membantu rakan-rakan yang masih di sana untuk membuat blog. Tak sedar rupa-rupanya kami di sana sehinggalah waktu rehat tamat.

Tak disangka rupa-rupanya ada orang kelas yang 'cemburu' bila si orang yang jadi rebutan tu juga di Makmal Bahasa sehingga tamat waktu rehat. Isy999...

Selepas rehat, seperti biasa Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam sehingga waktu balik jam 11.30 pagi (jadual Jumaat W.P Labuan). Pelajar Pendidikan Islam menuju ke 5 Petunia Untuk kelas gabungan PI dorang. PSI pula di kelas saja.

Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ) pada waktu petang hari ini dibatalkan. Jadi, setakat ini sahaja kisah pelajar 5 Hibiscus untuk minggu ini.

0 ulasan:

Dehearty Playlist

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template