Khamis, 26 Ogos 2010

Selamat Hari Lahir sH@ReeN

5 Hibiscus mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat Mohd Shareen Azmie Bin Abdullah yang ke 17tahun.

"Sadang-sadang tah becakap. Perlahan-lahan tah kalau besuara. Hekhekhek..."

Isnin, 23 Ogos 2010

Kawan Pada Nama

Tak semua kawan itu boleh dianggap kawan. Kadang-kadang yang sepatutnya membimbing tidak pandai membimbing. Kalau bercakap, tak fikir hati dan perasaan orang lain. Jadi, tak semua kawan itu adalah kawan. Adakalanya kawan yang kurang bermoral itu lebih baik dari kawan yang bermoral. Begitulah sifat manusia yang ingin bergelar kawan tetapi tidak menjadi kawan yang sebaiknya.

Beringat-ingatlah kepada yang mengalaminya.


Nota dari: N Athirah

Ahad, 16 Mei 2010

Lirik lagu tema blog ini (Mari Shalawat)

Mari Shalawat by Wali Band

Sholatullah salamullah, ‘ala Thoha Rasulillah
Sholatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
Wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah


Isnin, 26 April 2010

Update baru!!!

Penulis memohon maaf kerana lama tak update blog kelas ini. Bukan tidak ada cerita sepanjang lama tak update, ada macam-macam cerita... tapi penulis saja yang tidak punya masa yang cukup untuk post kisah-kisah tu dalam blog ini. (waktu penulis sedang tulis entri ini pun sebenarnya dalam keadaan jari telunjuk tangan kiri penulis sakit dan tak dapat digunakan untuk menekan keyboard komputer)

Untuk pengetahuan pembaca, dalam minggu-minggu penulis tidak menulis entri baru dalam blog ini, sebenarnya telah masuk seorang pelajar baru dalam kelas 5 Hibiscus. Tapi, pelajar ini tidak mengambil matapelajaran aliran agama atau sosial. Entah matapelajaran apa yang diambilnya. Namanya Arif... dan jarang kelihatan di dalam kelas. Faham-faham ja lah ya.

Minggu lepas ada pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah (MTAQSS) Peringkat W.P Labuan. Empat orang pelajar perempuan dari kelas 5 Hibiscus menyertai Pertandingan Nasyid > Nur Anis Afiqah (solo), Annira (pemain muzik), Nurul Akidah (penyanyi latar), dan Nurfatihah Athirah (penyanyi latar). Kumpulan nasyid sekolah mendapat tempat ketiga Festival Nasyid yang berlangsung di Dewan SMK Labuan.
Mohd Shareen Azmie pula mewakili sekolah dalam pertandingan Tulisan Khat kategori lelaki. Sayangnya Shareen hanya menapat temoat keempat sahaja.
Siti Hajar mewakili sekolah dalam pertandingan Tulisan Jawi kategori perempuan (menggantikan Annira). Juga tidak mendapat tempat.
Akhir sekali, Nurfatihah Athirah (penulis sendiri) mewakili sekolah dalam pertandingan Syarahan kategori perempuan (untuk dua sesi > syarahan biasa dan syarahan spontan). Yang ini penulis mendapat tempat kedua walaupun inilah penyertaan kali pertama dalam seumur hidup penulis.


26 April 2010 (Isnin)

Pagi selepas perhimpunan ada pejumpaan Mentor Mentee dahulu, barulah masuk ke kelas. Hari ini, matapelajaran PSK kami belajar di Bilik Pendidikan Seni sebab Cikgu Jasmini nak tunjukkan tayangan slide. Di penghujung waktu, seperti biasa cikgu membahagi-bahagikan tugas mengikut setiap kumpulan.

Masa Add Math, belajar macam biasalah. Hari ni kami menamatkan topik ke-5.

Lepas rehat ialah matapelajaran Science, seperti biasa di Makmal... kali ini di Makmal Kimia. Mula-mula kami belajar sikit mengenai asid, lepas tu ada semacam eksperimen, menggunakan asid untuk melubangkan kertas. Tapi, cubaan itu tidak berjaya. Patutlah tak berjaya, sekali check, asid tu dah expired tahun lepas. Jadi, tindak balasnya dah kurang laaa...
Last sekali sebelum masuk kelas, kami buat letupan menggunakan metal. Tahun lepas sebenarnya kami dah buat dah, letupan kuat. Tadi kami minta cikgu buat lagi, kali ni nak bagi tunjuk kat pelajar baru kelas kami tahun ni seperti Adham, Shafika, Dwi Sartika, dan Syuaida (Arif sepanjang hari ini tak masuk kelas).

Lepas Science ialah Mathematics di kelas. Belajar macam biasa. Tapi, banyak rungutan sebab cuaca panas. Panas di Labuan tak sama macam Semenanjung. Waktu malam pun panas juga sekarang.

Matapelajaran terakhir sekali hari ini ialah Bahasa Inggeris. Sejak minggu lepas (atau dua minggu lepas) kami dah ada guru ganti sementara. Guru sandaran ja... bukan guru tetap sekolah. Hari ini kami minta cikgu keluarkan awal. Dalam jadual kelas memang kami balik jam 2.40 petang... tapi, dari waktu Teacher Amiah mengajar lagi kami selalunya dikeluarkan awal... tak sampai pun jam 2.40 petang. Paling kerap, kami keluar jam 2 petang.
Dalam lebih kurang 10 minit sebelum jam 2, si Falina tanya cikgu, hari ni balik jam berapa. Sebenarnya cikgu tak nak bagi keluar awal. Ramai yang minta dikeluarkan awal, lagipun susah nak dapatkan transport. Ada yang minta cikgu keluarkan jam 2.15... macam-macam permintaan. Lastnya, si Adham dengan wajah selambanya berkata, "sekarang sajalah!" Lebih kurang macam tu lah. Sesuai pula dengan wajah dia tu... hahahaha...

Tapi, ada satu perkara yang buat ramai yang 'panas'. Dahlah cuaca sekarang panas, ada pula yang bikin panas. Cikgu tu kata, siap kami salin apa yang ditulisnya di papan tu, baru boleh balik. Ok... pegang kata-kata dia tu. Semangat kami menyalin petikan BI yang ditulisnya tu. Sampailah dia tulis soalan yang perlu dijawab, pun kami salin. Tapi, walaupun kami dah siap salin, dia tak bagi pun kami keluar. Alasannya, dia nak kami dapatkan maksud perkataan yang dibulatkannya tu. Sebenarnya kaya bah semua pelajar ni nak dapatkan kamus seorang satu. Yang buat orang sakit hati, dia tak tepati kata-katanya tu. Siapa tak sakit hati macam tu.
Penulis sendiri pun berapa lama penulis dah siap menyalin pun tak boleh keluar juga. Kami tahulah cikgu tu ada transport sendiri, boleh keluar berapa lambat yang boleh. Tapi pelajar-pelajar ni, bukan semua senang dapat transport. Belum lagi yang tinggal jauh tu...lagilah susah.
Gara-gara sikap cikgu tu, penulis tanpa segan-silu, tanpa rasa gentar terus berkata-kata menyatakan rasa tidak puas hati penulis pada guru tu. Bukan tak nak menghormati guru walaupun dia hanya guru sandaran... tahun lepas pun sampai ada dua orang guru sandaran kelas kami, kedua-duanya pun kami hormat. Tapi, guru tu pun janganlah bertindak over. Lainlah kalau sekolah ni 'kaya sangat'... ada bas sendiri, boleh hantar pelajar tu balik rumah masing-masing kalau tak ada transport, boleh bagi makan percuma untuk pelajar yang balik lewat disebabkan ada kelas. Kalau macam tu tak mengapalah.


*Hari ini keadaan kelas agak 'panas' sedikit. Ada pergaduhan di kalangan pelajar... tapi tak ketara sangat la...

P/s: kepada rakan-rakan sekelas, penulis berharap ada sesiapa yang dapat membantu penulis menjadi penulis  tambahan untuk blog ini. Jika ada di antara rakan sekelas ini (5 Hibiscus) yang sudi menjadi penulis tambahan blog ini, bolehlah terus beritahu kepada penulis (N Athirah), atau emailkan ke nathirah_perwila@yahoo.com

Sabtu, 3 April 2010

Belajar Buat Blog

Penulis memohon maaf kerana tidak menulis entri hari Khamis, 1 April 2010. Ini kerana penulis tidak punya idea untuk menulis entri pada hari itu. Hari Khamis lepas hanyalah mengisahkan tentang hari April Fool Sedunia dan Perebutan Jejaka Dalam Kelas.

Berikut pula ialah kisah pada hari Jumaat, semalam. Maaf kerana kisah ini lambat dipost dalam blog ini.

Jumaat, 2 April 2010

Untuk hari ini tak ada banyak cerita sangat sebab hari ini adalah hari Jumaat. Pagi, waktu pelajar dah kat sekolah, hujan turun. Jadi, perhimpunan pagi dan program bacaan Yasin dibatalkan. PJK juga dibatalkan. Cikgu Azian mengajar di kelas mengenai tajuk Perkahwinan dalam buku teks PJK.

Waktu Prinsip Akaun pula, seperti biasa pelajar yang tak ambil PA ada yang meminta izin untuk ke Makmal Komputer. Ada juga yang duduk di dalam kelas sahaja. Pelajar PA pula belajar seperti biasa. Sesekali ada terselit gurauan mengenai 'perebutan jejaka dalam kelas' dan juga perbualan mengenai Allahyarham Pelakon Din Beramboi yang baru meninggal dunia.

Masa B.Arab Tinggi/Pedagangan, seperti biasa pelajar yang ambil matapelajaran BAT akan ke Makmal Bahasa, bersama dengan pelajar kelas 5 Chrysanthemum yang ambil BAT (mereka slash dengan Prinsip Akaun). Masa pertama BAT kami gunakan untuk belajar di Makmal Bahasa. masa kedua pula digunakan untuk belajar buat blog di Makmal Komputer. Ustaz Zainal kata, kalau boleh semua pelajar BAT ada blog. Ustaz meminta Athirah (penulis sendiri) menjadi 'tenaga pengajar'. Sayangnya, masa kami di Makmal Komputer sepatutnya sampai tiba waktu rehat. Tapi, ada pelajar kelas lain yang nak guna makmal. Jadi, ustaz suruh kami keluar saja. Namun begitu, masih terdapat pelajar kelas BAT yang masih di dalam Makmal Komputer. Penulis sendiri terus berada di Makmal Komputer membantu rakan-rakan yang masih di sana untuk membuat blog. Tak sedar rupa-rupanya kami di sana sehinggalah waktu rehat tamat.

Tak disangka rupa-rupanya ada orang kelas yang 'cemburu' bila si orang yang jadi rebutan tu juga di Makmal Bahasa sehingga tamat waktu rehat. Isy999...

Selepas rehat, seperti biasa Pendidikan Syariah Islamiah/Pendidikan Islam sehingga waktu balik jam 11.30 pagi (jadual Jumaat W.P Labuan). Pelajar Pendidikan Islam menuju ke 5 Petunia Untuk kelas gabungan PI dorang. PSI pula di kelas saja.

Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ) pada waktu petang hari ini dibatalkan. Jadi, setakat ini sahaja kisah pelajar 5 Hibiscus untuk minggu ini.

Rabu, 31 Mac 2010

Hari Ini Hari Perebutan Jejaka Ke?!

Rabu, 31 Mac 2010

Untuk kisah hari ini...
Kat kelas tu, dah lah pelajar lelakinya dah hampir pupus, ada pula kes perebutan lelaki dalam kelas tu. Hahahaha... Buang tebiat...

Sebenarnya penulis sendiri bengang dah duduk dalam kelas tercinta tu. Mana tidaknya... Ada pula di antara budak perempuan dalam kelas tu yang berebutkan seorang lelaki. Yang direbutkan tu pula boleh dikatakan pelajar terhandsome sekali dalam kelas tu (agaknya lah...sebab dia dah jadi rebutan). Yang jadi rebutan tu pula, siapa lagi kalau bukan pelajar lelaki yang baru masuk dalam kelas ni awal tahun ni.. Aiseymen, Dham... datang-datang kau ke sekolah ni, masuk ke kelas ni, dah jadi rebutan si gadis-gadis pula. Tadi saja ada yang berkerenah bila nampak si jejaka itu dekat dengan gadis lain. Belum lagi yang mengaku-ngaku jejaka rebutan tu kepunyaannya. Buang tebiat betullah. Buat malu saja...

Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tadi sebenarnya ada kisah lawak. Mula-mula kami pergi ke gelanggang bola tampar. Si Suhaimi yang baru datang selepas sukan tadi pun ada bersama. Di gelanggang bola tampar, masing-masing buat hal masing-masing. Pelajar lelaki dan beberapa pelajar perempuan bermain futsal dengan membuat gelanggang yang tidak sebesar gelanggang futsal sebenar. Ada pelajar perempuan yang cuba menjaringkan bola. Yang selebihnya termasuk penulis hanya duduk-duduk jadi pemerhati sahaja.
Setelah Cikgu Norazian datang, dia suruh kami ke gelanggang bola keranjang. Cikgu suruh kami main di galanggang tu saja. Jadi, datanglah kami duduk mengelilingi Cikgu Azian. Dia suruh kami pergi main bola. Jadi, adalah pelajar yang akur pergi bermain. Konon nak main bola keranjang la... Termasuk si Suhaimi. Penulis dan beberapa orang pelajar lain hanya duduk saja, tak ikut serta - malas.
Ha... Waktu inilah ada kisah lawak. Tengah asyik dorang bermain bola keranjang, Suhaimi berjaya membuat jaringan. Dengan semangat penuh kekusyukannya, dia berpusing kebelakang. Sebenarnya dia nak kata "kemenangan telah diperolehi" lebih kurang macam tu lah. Penulis dah lupa. Tapi, tak habis kata-katanya, baru nak sebut perkataan "kemenangan" tu, kepalanya dah terhentak bola yang baru dijaringkannya tu. Entah siapa sebenarnya membaling bola tu, tak sengaja tepat kena kat kepalanya. Apalagi, penulis dan kawan-kawan serta cikgunya sekali ketawa tak henti. Sakit perut dibuatnya. Sewaktu penulis tengah menaip entri bahagian ini pun penulis terketawa kerana terbayang keadaan ketika itu. Sabar sajalah kau Suhaimi. Nasib dia hari ni memang kurang baik lah.
Setelah penat bermain, kami duduk mengerumuni Cikgu Azian. Disebabkan dah tak nak main lagi, Cikgu Azian pun mula lah membuka cerita. Katanya, dalam buku teks PJK ada satu bab mengenai "Perasaan". 'Berceramah' lah cikgu mengenai bab tu. Tidak salah kita mempunyai perasaan terhadap orang lain, kata cikgu. Tapi, janganlah... cikgu minta kami sambung. Entah apa difikirannya, Adham tiba-tiba kata "mengharap". Edeh! Diam-diam ada feel dia. Dalam kes ni pun kami ketawa. Hahahaha... Sebenarnya, janganlah lebih-lebih... perlu pandai kawal diri. Itu lah sebenar-benarnya. Kalau nak tau selanjutnya, bacalah sendiri kat buku teks PJK tingkatan 5. Bagi yang belum masuk tingkatan lima tu, sabar-sabar saja lah. Yang dah pernah buka tajuk tu, faham-faham sendiri sajalah ya.

Selepas PJK sepatutnya PQS. Tapi, ustazah tak masuk ke kelas pula. Ada kerja dia agaknya. Semalam Adham minta penulis cari lagu nyanyian Rahimah Rahim. Katanya tajuk lagu tu Bunga Dan Cinta. Puaslah penulis cari lagu tu semalam sampai terlambat nak publish kisah 5 Hibiscus pada hari semalam kat blog ni. Cari punya cari tajuk yang sama, tak jumpa. Asyik google tunjuk tajuk lagu Gadis Dan Bunga, penyanyi yang sama. Adham ni salah bagi tajuk ke...? Jadi, penulis tengoklah lirik lagu Gadis Dan Bunga tu. Ceh, sah-sah dia salah bagi tajuk! Jadi, waktu PQS yang tak ada guru tu, penulis bagilah dia lirik lagu yang dia minta cari tu. Dah dia asyik boring kot, dia cari pula lagu-lagu lain dalam fail penulis. Hari tu dia juga bising sebab penulis asyik simpan lirik lagu nasyid saja. Datang-datang dia kat tempat Azrinah, katanya "nak menghiburkan kamu". Aiseymen...
Tengah time-time tiada guru tu, tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan baru masuk dalam kelas. Kelas menjadi gamat sikit kerana pelajar itu ialah Nor Fasha Afina! Tahun lepas Fasha merupakan pelajar baru SMKM dan masuk ke kelas 4 Hibiscus (kelas kami). Tapi, awal tahun ini kononnya dia dah berpindah ke sekolah baru. Entah apa kes, pindah balik ke SMKM. Aiman baru saja pindah, ada yang datang menggantikannya... Bilangan pelajar pun tidaklah berkurang. Tapi, pelajar lelakinya tetap sikit. Huhuhuhu... 
Waktu guru tiada dimanfaatkan dengan baik. Dorang si Annira, Suriani, Shahira dan beberapa orang pelajar lagi sibuk menghias papan kenyataan kelas. Rajin dorang menghias kelas. Tepukan untuk mereka.

Matapelajaran terakhir untuk hari ini ialah Science. Keputusan kedudukan dalam kelas bagi Ujian Bulan Mac dah keluar. Tapi, keputusan tu betul-betul mengejutkan. Siti Hajar yang selalu berada di ranking pertama sebelum ni jatuh ke nombor empat. Adham pula yang dapat nombor satu. Tapi, tu logik juga la sebab Adham memang pandai. Tempat kedua ialah Dina Astrina dan tempat ketiga ialah Nur Anis Afiqah.
Keputusan hujung tahun lepas sebenarnya;
1. Siti Hajar
2. Nur Falina
3. Nurfatihah Athirah

Tapi, keputusan Ujian Bulanan Mac 2010;
1. Mohd Adham
2. Dina Astrina
3. Nur Anis Afiqah
4. Siti Hajar
5. Nur Falina
6. Nurfatihah Athirah
Cuba perhatikan nombor 1, 2, dan 3 bagi peperiksaan hujung tahun lepas dan nombor 4, 5, dan 6 bagi ujian bulanan ni. Sama kan turutannya. Tapi, kedudukannya yang buat tak puas hati. tu Ada ura-ura mengatakan, berkemungkinan cikgu akan buat semakan markah lagi kat bahagian S/U Peperiksaan tu. Kononnya ada markah yang salah key-in. Nasib baiklah Guru S/U Peperiksaan ialah Cikgu Hisham (guru Science kami tu).

Bila melihat Adham dapat nombor 1 dalam kelas, ada lagi bunyi-bunyi perebutan bangga tu. Hahahaha... Tak habis-habislah...

Hari Ini Ada Orang Birthday!

Selasa, 30 Mac 2010

Seperti biasa masa pertama pada hari ini ialah Bahasa Melayu. Cikgu Hasimah edarkan tajuk-tajuk pada setiap kumpulan untuk ujian lisan Bahasa Melayu kami untuk tahun ini. Untuk hari ini, kami hanya membincangkan mengenai ujian lisan mengikut kumpulan masing-masing. Ada kumpulan yang akan berbahas, ada kumpulan yang akan berforum dan ada kumpulan yang akan membuat wawancara.

Selepas BM ialah matapelajaran Mathematics. Selepas sahaja cikgu Hasimah keluar dari kelas, beberapa orang pelajar kelam-kabut turut keluar dari kelas. Hari ini kami mempunyai perancangan tersendiri. Hehehehe... 
Shahira, Shareen, Adham, Rahmawati, dan beberapa orang lagi yang keluar dari kelas pada ketika itu hendak menuju ke Bilik Kesihatan. Manakala salah seorang atau dua pelajar yang tinggal di dalam kelas perlu memanggil Cikgu Mazni yang berada di tempatnya (bilik kesihatan) untuk dibawa ke kelas. Sebab cikgu Mazni adalah guru mathematics kelas kami. Jadi, Athirah dan Shafika turun menjemput Cikgu Mazni agar Shareen nd the gang dapat masuk ke Bilik Kesihatan dan menuju ke meja Cikgu Mazni secara rahsia.
Di kelas, beberapa kali cikgu bertanya akan keberadaan Adham dan beberapa orang pelajar yang tiada di dalam kelas. Alasan yang dibuat ialah dorang keluar atau ke tandas. Ketika cikgu hendak mulakan pembelajaran (baru mula menulis nota di papan tulis), Shareen, Shahira dan mereka yang keluar dari kelas tadi masuk melalui pintu belakang kelas sambil membawa sebiji kek dan kami semua menyanyikan lagu Happy Birthday buat Cikgu Mazni. 30 Mac 2010 ialah Hari Ulang Tahun Cikgu Mazni yang ke 31 tahun! Mereka ke Bilik Kesihatan adalah untuk menghamburkan (menyelerakkan) meja Cikgu Mazni dan meletakkan Kad Manila, ucapan pelajar-pelajar dari kelas kami sempena Hari Kelahiran cikgu. Dalam masa yang singkat itu, kami semua makan kek sebagai acara salingan dan kemudian belajar mathematics.
SELAMAT HARI LAHIR CIKGU MAZNI!

Matapelajaran Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah menyusul selepas matapelajaran Mathematics. Mulai minggu ini selepas perubahan secara besar-besaran jadual kelas, guru PQS kami turut berubah. Pada asalnya guru kami ialah Ustazah Siti Sarah. Sekarang guru kami ialah Ustazah Syayuzie. Mulanya ada beberapa pelajar (sepatutnya dikatakan semua) yang kurang bersemangat apabila guru PQS berubah. Kerana Ustazah Siti Sarah sudah mengajar kami PQS sejak tingkatan empat tahun lepas lagi. Dah familiar dengan ustazah tu.
Apa-apapun, Ustazah Syayuzie mengajar pun bagus juga sebenarnya. Mulai hari ini juga, apabila waktu matapelajaran PQS, semua pelajar lelaki dikehendaki duduk di barisan hadapan ketika belajar. Edeh... dah lah pelajar lelakinya besar-besar. Hahahaha... Penulis sendiri berbadan kecil dan sekarang memang dah duduk di barisan kedua di bahagian tengah kelas. Dahlah kecil, dihadang pula oleh pelajar lelaki yang berbadan agak besar di hadapan. Cuba pembaca bayangkan...?
Ketika di awal pembelajaran, ustazah meminta Adham membacakan Surah An-Nur yang terdapat dalam buku teks pada tajuk yang kami pelajari waktu tu (itupun selepas masing-masing antara lelaki yang mengambil PQS menuding jari antara satu sama lain bagi mengelakkan diri sendiri yang membaca ayat Al-Quran tersebut.). Al-maklumlah Adham dari Sekolah Menengah Agama di Kedah, bacaannya begitu lancar dan alunannya betul-betul menyentuh jiwa serta menginsafkan diri (sesuai dengan isi ayat al-Quran tersebut yang menyatakan tentang hukum zina, qazaf dan li'an) . Ada ciri-ciri seorang Qari (bukan memuji sekadar memuji/memperli, tapi ialah keyataan)... Sebenarnya penulis berasa hairan, kenapa Adham tidak menyertakan dirinya dalam pertandingan MTAQ sekolah hari tu...? Dia mempunyai bakat.

Tiba waktu rehat, seperti biasalah pelajar mengikut hala tuju masing-masing. Apabila sampai waktu penghujung rehat, beberapa pelajar yang mengambil Bahasa Arab Tinggi masing-masing tergesa-gesa menghafal password yang perlu digunakan sebelum mengikuti pelajaran BAT di Makmal Bahasa nanti (tempat biasa untuk pelajar BAT). Password yang dimaksudkan ialah Al-Hikam wal-Amsal yang disenaraikand alam buku model peperiksaan BAT yang diberikan oleh guru arab kami, Ustaz Zainal. Seperti biasa waktu BAT/PD, pelajar yang mengambil BAT akan pergi ke Makmal Bahasa, manakala pelajar yang mengambil Perdagangan akan berada di kelas untuk sesi pembelajaran PD bersama gurunya. Penulis sendiri mengambil BAT... jadi penulis tidaklah mengetahui cerita pelajar PD di dalam kelas. Adham yang baru terpisah dengan bestfriendnya (Aiman) menggantikan Aiman tahun lepas terpaksa bersendirian. Macam biasalah Shareen akan berkumpul dengan kawan-kawannya perempuan yang lain. Maka, duduklah Adham berhampiran dengan Syafawati dan penulis (bukan rapat...hanya kawasan yang berhampiran...lebih kurang macam kawasan terpinggir la).

Waktu Science - Cikgu Hisyam di Makmal Fizik, belajar matapelajaran baru. Tak ada cerita menarik pun.
Menyusul pula matapelajaran Sejarah, juga belajar tajuk kecil yang baru. Entah apa yang gembira sangat, Cikgu Loh Siew Yieng berikan teka-teki pula. Teka-tekinya agak menarik. Simple, tapi mengelirukan pelajar. Hal ini menyebabkan 'tempoh siaran iklan' menjadi bertambah panjang apabila ada di antara pelajar lain yang turut memberi teka-teki ketika itu. Tapi, apabila Falina (KP) ingin memberikan teka-tekinya, adalah yang potong jalan tak support dia dengan mengatakan "waktu siaran iklan dah tamat". Dan orang yang mengatakannya itu pula ialah penulis sendiri.

Begitulah dia kisah pelajar 5 Hibiscus pada hari Selasa 30 Mac 2010. Mohon maaf andai dah terdapat pembaca blog ini tapi penulis lambat publish cerita pada tarikh ini.

* Oleh kerana Ustazah Syayuzie dah mengajar kelas kami, jadi subjek KKQ akan bermula pada minggu ini. Sebenarnya berkira-kira juga penulis untuk mengikuti subjek ini. Subjek ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat pada jam 2 petang. Kalau mengikut jadual waktu, sampai jam 3.20 petang. Tapi, berkemungkinan kelas tamat jam 4 petang. Penulis terpaksa keluar awal dari kelas tersebut kerana penulis ada latihan silat setiap hari Jumaat jam 3 petang. Kalaulah Aiman masih bersekolah di SMKM dan sekelas dengan kami, tentu penulis punya kawan untuk keluar dari kelas setiap hari Jumaat tu.

Dehearty Playlist

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template