Isnin, 29 Mac 2010

Aiman Hari Ni Dah Pindah

Isnin, 29 Mac 2010

Hari ni pelajar kelas 5 Hibiscus seperti biasa hadir ke sekolah, kecuali Nurul Akidah yang entah kenapa tidak hadir pula hari ni. Pagi-pagi lagi hujan, jadi taklah ada Perhimpunan Rasmi Mingguan seperti biasa pada pagi hari Isnin.

Di dalam kelas, berita pertama yang kami dapat ialah, apabila Shareen baru sahaja sampai ke kelas, dia mengumumkan bahawa Teacher Amiah, Guru Bahasa Inggeris kelas kami selamat melahirkan anak perempuan pada petang Sabtu lepas. Kami melihat gambar anak teacher di kamera digital Shareen, nampak cute...

Khairul Azhar dan Suhaimi (geng bermotor) pula lambat sampai ke sekolah. Rupa-rupanya dorang hantar Aiman sampai ke airport. Oh, jealousnya! Mulai hari ni, kelas 5 Hibiscus kehilangan seorang pelajar lelaki dah. Dari tujuh orang dah tinggal enam orang dah... huhuhuhu...

Mulai hari ni, jadual kelas telah berubah. Masa Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ditukarkan ke hari Isnin pada masa P&P pertama. Hari ini kami kembali kepada pecahan kumpulan yang lepas ketika kami membuat penyampaian mesej Kesan Dadah Ke Dalam Institusi Keluarga. Kali ini kami akan menjalankan Projek Khidmat Masyarakat. Disebabkan Aiman dah berpindah, kumpulan Khairul, Adham, Athirah, Azrinah, dan Firdaus yang pada asalnya ada enam orang dalam kumpulan (termasuk Aiman) kini hanya tinggal lima orang dalam kumpulan. *Dari penulis: "Oh, tidak!"

Mentang-mentanglah Aiman dah pindah hari ini, adalah pula beberapa kawan yang siap main umpat-mengumpat dia. Hahahaha... tersedak-sedak kot Aiman kat sana... Sorry ya, Man. Hehehehe... Adham pula, lepas Aiman pindah, dia nampak diam dah. Maklumlah, dah tiada bestfriend dia dah. Kesian dia...

Tadi, dorang si Suhaimi, Shareen, Khairul dan entah siapa lagi bercerita pasal kisah mereka hari Ahad sewaktu bertemu dengan Aiman di Hotel Beta. Seronok betul ceritanya. Penulis pesan kat Shareen nak minta gambar-gambar kenangan mereka untuk dimasukkan ke dalam blog ini. Insya-Allah penulis akan memuatkan gambar-gambar pelajar kelas 5 Hibiscus di dalam ruangan blog ini.

Sampai sini sahaja dahulu kisah 5 Hibiscus buat kali ini. Insya-Allah kalau penulis ada masa, penulis update lagi kisah untuk hari esok.

Ahad, 28 Mac 2010

Salam Pembuka Bicara Dari Meja Penulis...

Ahad, 28 Mac 2010

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah... tercipta juga blog tempat untuk menceritakan kisah kehidupan pelajar-pelajar kelas tingkatan 5 Hibiscus, SMK Mutiara, W.P Labuan. Blog ini dicipta khas buat tatapan seorang rakan yang tidak lagi bersekolah di SMK Mutiara, iaitu Aiman yang ikut keluarganya berpindah ke Terengganu.

Sebenarnya, Aiman meminta Athirah (penulis blog ini) untuk menulis kisah-kisah di kelas 5 Hibiscus untuk dibacanya ketika ada kelapangan. Tetapi, apabila penulis fikir-fikirkan, seeloknya penulis mencipta satu blog khas untuk kelas 5 Hibiscus agar mudah memuatkan bermacam-macam perkara di dalam blog ini dan juga meletakkan informasi-informasi buat rakan-rakan sekelas. Semoga blog ini boleh memberi manfaat buat pembaca-pembacanya...

Kepada Muhammad Aiman bin Mokhtar, selamat menjalani pembelajaran di sekolah baru (namun, menurut Aiman, dia akan memulakan persekolahannya di sana pada bulan April). Jangan lupa rakan-rakan kau di sini. Selepas ini, kami sudah tidak ada rakan untuk 'dibuli', Athirah tidak ada geng silat sekelas, Adham tiada kawan rapat yang sama-sama boleh berborak menggunakan dialek semenanjung, dan kami kehilangan seorang pelajar lelaki menyebabkan bilangan pelajar lelaki yang hampir pupus semakin berkurangan.
5 Hibiscus SMK Mutiara 2010 
Mengisahkan suka-duka, tawa-riang, sedih-tangis, dan gila-gila pelajar-pelajar kelas 5 Hibiscus, SMK Mutiara, W.P Labuan 2010 sepanjang mengharungi cabaran dalam meniti hari-hari menuju debaran SPM 2010.

Dehearty Playlist

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template